Preprint / Version 1

Ijazah Sarjana Muda - Student Thesis (2021)

##article.authors##

  • admin_lib

Abstract

Pengajaran dan pembelajaran dalam talian dari rumah telah menjadi topik utama dalam kajian berkaitan pendidikan dalam konteks institusi pengajian tinggi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akibat pandemik COVID 19. Untuk merungkai lebih dalam mengenai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam talian yang dianggap mampu mempengaruhi proses pembelajaran dan prestasi pencapaian pelajar, kajian ini telah mengkaji impak terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam talian bagi pelajar keluarga B40, menilai keberkesanan komunikasi antara pengajar dan pelajar ketika pengajaran dan pembelajaran dalam talian dan mengenalpasti tahap emosi pelajar keluarga B40 terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Pengkaji telah menggunakan kaedah qualitatif untuk mendapatkan data kajian melalui hasil temubual bersama 5 responden daripada pelajar keluarga B40 yang tinggal di kawasan Kota Bharu, Kelantan. Hasil analisis menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran dalam talian memberi kesan terhadap pelajar daripada keluarga B40 di kawasan Kota Bharu, Kelantan.

Posted

2024-05-28